Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Seperti biasa kita manusia tidak pernah lari dari CINTA.
Cinta adalah sesuatu yang indah.. Benarkah? Satu persoalan yang mungkin mempunyai beratus malah beribu jawapan jika ditanya pada umum. Cinta sebenarnya mempunyai kuasanya tersendiri. Percayakah anda tentangnya?
Kalau anda tidak percaya, saya akan buktikan pada anda tentangnya. Cinta adalah satu perasaan yang istimewa yang lahir dari hati seseorang terhadap orang lain. Perasaan ini sangat istimewa kerana ia datang secara yang kita tidak duga dan kadangkala ia datang secara perlahan-lahan. Cinta datang dari hati. Bagaimana kita tahu kita di lamun cinta? Mudah sungguh untuk menjawabnya.
Bagi seseorang yang di lamun cinta, dia akan berasa rindu terhadap seseorang. Apabila dia berhadapan dengan orang yang dia rindukan itu, dia akan merasa sedikit gementar atau mungkin kadangkala berpeluh. Dia akan menjadi gugup apabila berhadapan dan perasaan kasih dan sayang terhadap orang itu membuak-buak.
Bagi seorang lelaki, apabila dia mencintai seorang perempuan, perasaan kasih dan sayang akan ditunjukkan dengan perbuatan dan kata- kata. Dia mungkin akan membelikan perempuan yang dikasihinya itu sejambak bunga atau hadiah sebagai tanda menunjukkan dia berminat dan bersungguh terhadap perempuan tersebut. Dia juga mungkin mengeluarkan kata-kata seperti
" awak, saya suka pada awak, sudikah awak menjadi kekasih saya?". Begitulah antara kata-kata yang mungkin diucapkan oleh seorang lelaki.
Bagaimana pula seorang perempuan menunjukkan cintanya terhadap seorang lelaki? Cara seorang perampuan menunjukkan minatnya terhadap lelaki mungkin berlainan dari lelaki. Ini kerana perempuan lebih lembut dan lebih tertutup. Tambahan pula mereka tidak mahu digelar ' perigi mencari timba'. Jadi cara yang biasa digunakan perempuan adalah lebih kepada ' body langguage'.
Bagaimana membaca isyarat yg ditunjukkan oleh seorang perempuan terhadap lalaki yang disukainya? ada beberapa isyarat yang ditunjukkan sebagai contoh, jelingan manja, senyuman, cara dia memandang lelaki tersebut dan juga reaksi apabila berhadapan dengan jejaka yang diminatinya.
Saya bukanlah pakar dalam soal cinta ini tetapi melalui pengalaman, inilah sedikit sebanyak cara yang biasa ditunjukkan oleh kedua-dua jantina ini. Cinta yang terjalin boleh menjadi indah tetapi boleh juga menjadi sesuatu yang melukakan. Terpulang kepada pasangan tersebut untuk melayari bahtera percintaan mereka ke pulau impian atau ke tengah lautan gelora.
Percintaan memang sangat indah jika kita tahu apa kemahuan dan keinginan pasangan kita. Apa yang penting dalam hubungan haruslah dijaga bagi menjamin keharmonian cinta yang terjalin. apakah ramuan utama dalam hubungan cinta? Terdapat beberapa ramuan dalam menjaga hubungan. Sikap tolak-ansur, bertimbang rasa, hormat-menghormati, saling memahami, bekerjasama, tolong-menolong dan paling penting dari semua itu adalah sikap mempercayai. Sikap-sikap inilah yang diperlukan bagi menjamin keutuhan dan keharmonian hubungan cinta. Tanpa semua yg telah dijelaskan, tidak mungkin cinta sampai ke pulau impian.
Jadi sekiranya anda sedang bercinta, amalkan ramuan yang telah saya beri. Hubungan cinta anda akan kekal stabil. Jangan sesekali menduga pasangan kita atau mencabar pasangan kita kerana sikap itu bakal mengoyahkan hubungan anda.. SELAMAT BERCINTA..
Sunday, 9 October 2011
Cinta dan Mencintai
Posted by HATIF at 09:06
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment