BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 21 March 2011

Amarah yang Marah...

       Marah, Bengang, Tidak puas hati, Berbulu atau berbagai panggilan lagi merupakan sifat yg sentiasa ada pada kita sebagai manusia. Kita tidak boleh lari dari sifat-sifat tersebut. Dalam kehidupan kita pada masa kini, perkara tersebut jelas dapat dilihat. Sebagai contoh, apabila kita memandu kereta dan terlibat dengan kesesakkan lalu-lintas, tanpa kita sedar sifat itu keluar dalam diri kita. Secara spontan mulut kita akn mengeluarkan kata-kata cerca hanya untuk memuaskan ketidak puasan hati kita.
Situasi lain pula, apabila kita sedang bercinta, pasangan kita membuat kita marah, kita akn menzahirkan kemarahan kita dalam bentuk ekspresi muka atau dengan body language.
       Kemarahan umpama ombak yg menghempas pantai. Setelah membadai pasiran pantai ia kembali tenang. Kemarahan yg datang akan pergi cuma lambat atau cepat begantung kepada individu itu sendiri. Bagi sesetengah orang perasaan marahnya akan segera reda apabila dipujuk dan bagi yg lainnya pula kemarahannya reda dengan cepat sekiranya individu tersebut meletakkan akal melebihi amarah..
        Jadi, sifat ini adalah sifat semulajadi manusia. Sifat ini sebenarnya tidak baik pada kita kerana sekiranya kita terlalu ikutkan marah, kita akan hilang pertimbangan yang akhirnya melakukan perkara-perkara yg boleh menyusahkan diri sendiri. Sebagai contoh, suami-isteri yg sedang bertengkar jika tidak dikawal amarahnya boleh menyebabkan si suami melafazkan talak terhadap isterinya. Sudah tentu ini bukan perkara yg diingini oleh si isteri, jadi si suami perlu mendahulukan akal sebelum amarahnya.
         Seterusnya, dua individu sedang bergaduh jika marah menguasai diri, tidak mustahil perkara seperti mencederakan atau berbunuhan boleh berlaku. Ini adalah perkara yang amat ditakuti. Marah menyebabkan kita tidak lagi sedar dengan tindakan yang kita ambil.
          Marah ada kaitan dengan emosi. Manusia yang sihat dapat mengawal emosinya dengan baik manakala manusia yang terganggu emosinya tidak dapat mengawal marah sekaligus melakukan perkara di luar jangkaan. Emosi perlu dikawal dengan bijak agar ia tidak menggangu fikiran kita.
           Banyak keburukkan yang dizahirkan oleh marah. Marah menyebabkan darah tinggi, tekanan perasaan dan juga sakit jantung. Jadi apabila kita marah, cuba tahan marah itu dan tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus. Ulangi perbuatan ini sehingga kita rasa kemarahan kita mulai reda.
Cara ini membolehkan kita meredakan marah sekaligus mengawal emosi. Banyakkan sabar ketika sedang marah. Hanya kesabaran sahaja dapat membunuh marah. Dalam Islam, sabar itu separuh daripada iman.
            Jadi marilah kita sama-sama berusaha mengawal amarah yang marah demi kebaikan kita manusia sejagat. Marah hanya membinasakan. Sekiranya kita terlibat dalam kesesakkan jalan raya, terapi yg baik adalah kuatkan volume radio n nyanyi bersama. Bagi pasangan bercinta, sekiranya marah, ingatlah saat mula-mula pertemuan yg indah.. InsyaAllah marah kita itu akan pergi begitu sahaja ibarat debu ditiup angin..

P/S: Senyum walaupon sedang marah :P

0 comments: