Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.. Ramai diantara kita yang meminati cerita Hindustan termasuk saya. Disaat blog ini ditulis pon saya sedang menonton rancangan Hindustan di TV 2 yang bertajuk Mann.
Cerita Hindustan memaparkan banyak kisah-kisah cinta, romantis dan pengorbanan. Mungkin inilah yang menjadi penarik buat peminat cerita Hindustan. Ceritanya yang berwarna-warni dengan nyanyian, tarian, dan pakaian yang menarik membuatkan cerita-cerita ini begitu menghiburkan.
Pernahkah anda menonton filem-filem hindustan sehingga menangis? Jujur saya katakan yang saya selalu menitiskan airmata apabila menonton cerita Hindustan seperti Kabhi Kushi Khabi Gham, Mann, Kuch kuch Hota Hai dan banyak lagi. Kronologi cerita yang teratur dan unsur-unsur sedih yang diselitkan membuatkan penonton termasuk saya pasti menitiskan airmata.
Cerita-ceritanya penuh dengan unsur kemanusiaan, nasihat, kasih-sayang, pengorbanan, dan saling menghargai.
Walaupun kita tidak faham apa yang mereka tuturkan, tetapi melalui sarikata yang disertakan, kita tahu yang dialog-dialog yang ditulis amatlah bagus. Apabila kita menonton cerita ini, kadangkala kita dapat merasakan seolah-olah yang kita berada dalam situasi itu. Pelik kan?
Ternyata cerita-cerita yang datang dan dihasilkan di India ini mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap penonton, sehinggakan ianya menjadi cerita 'favourite' bagi sesetengah orang.
Saya tidak berseorangan, sahabat saya pun seorang yang suka menonton rancangan Hindustan. diwaktu ini juga dia sedang menonton rancangan yang sama dengan saya iaitu cerita Mann.
Diharapkan agar lebih banyak cerita dan filem Hindustan yang berkualiti dapat ditayangkan bagi memenuhi permintaan peminat-peminat cerita ini di Malaysia...
Wednesday, 25 January 2012
Hindustan OH Hindustan...
Posted by HATIF at 08:51
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment