Hari ini saya ingin berkongsi topik dengan anda berkenaan gugup. Adakah anda pernah berasa gugup? Saya pernah dan sering berasa gugup terutama jika berdepan dengan peperiksaan, temuduga ataupun seseorang yang belum saya temui. Gugup adalah reaksi biasa manusia apabila berada dalam situasi tertentu yang penting atau kurang selesa. Sebagai contoh, hari ini saya telah keluar untuk bertemu dengan seorang gadis yang sebelumnya hanya mengenalinya melalui laman Muka Buku. Saya telah menyaiapkan diri saya sebaiknya agar kelihatan kemas dan segak.
Apabila saya sampai di tempat yang dijanjikan, saya diserang suatu perasaan yang membuatkan saya berpeluh dan sedikit mengeletar. Itulah yang dipanggil GUGUP!. Dengan langkah yang disusun teratur , saya membuang perasaan gugup itu lalu pergi bertemu gadis itu. Perasaan gugup mula kembali apabila melihat wajah gadis itu. Dahi mula dibanjiri peluh begitu juga tapak tangan.
Saya jangkakan saya seorang sahaja yang merasa begitu, tetapi apabila saya lihat gadis itu juga sedikit menggelabah dan serba tidak kena, saya tahu yang dia juga berasa gugup.
Dengan sedikit keberanian, saya menegur gadis itu dan dia dengan pantas dapat mengenali saya.
Saya mengajaknya untuk keluar minum bersama saya. Kami ke sebuah restoran berhampiran untuk minum dan berbual. sepanjang berbual dengan saya, gadis itu tidak memandang saya malah dia nampak sedikit gelisah. Saya tahu dia gugup. Saya cuba hilangkan gugup dia dengan berjenaka. Akhirnya gugup saya hilang dan gadis itu nampak lebih yakin.
Jadi kesimpulannya, Gugup boleh dihilangkan sekiranya kita yakin dan tahu cara untuk mengawalnya. Cuba banyakkan ketawa dan berjenaka untuk hilangkan perasaan gugup. Saya jamin ianya amat efektif... Selamat Mencuba =)

0 comments:
Post a Comment